Zon makanan tradisi bakal dibangunkan sepanjang laluan Pedas-Linggi
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bakal membangunkan zon makanan tradisional negeri ini di sepanjang laluan Pedas-Linggi di Rembau sebagai usaha mempromosikan sektor pelancongan di daerah itu. Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, kerajaan negeri sentiasa melakukan usaha berterusan untuk merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat dalam sektor pelancongan, termasuklah di daerah Rembau.
"Kita bercadang memberikan pengiktirafan menggunakan konsep 0 hingga 5 bintang daripada badan bertauliah atau chef bertauliah kepada mana-mana restoran yang menghidangkan makanan tradisi mengikut standard masakan dan kriteria yang ditetapkan."Seperti gulai kuning, ia antara makanan tradisi popular yang termasuk dalam Sembilan Identiti negeri beradat ini kerana bahan-bahan utamanya berbeza dengan masakan negeri lain iaitu santan, cili padi kampung serta kunyit hidup," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.