KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) diberikan tanggungjawab untuk mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif berjumlah RM91 juta dan kuarters kerajaan sebanyak RM170 juta pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam menggerakkan agenda reformasi, STAR yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah serta klinik daif.