Lelaki India digelar 'pengembara masa' tunggang motosikal unik

Iklan
Gelagat seorang lelaki menunggang 'monocycle' atau motosikal beroda satu telah mendapat perhatian netizen di platform media sosial. - Foto Agensi

NEW DELHI - Satu video lama muncul di platform media sosial sehingga mengundang perasaan lucu melihat seorang lelaki menunggang 'monocycle' seperti dalam filem francais Men In Black, lapor portal NDTV.

Video tidak bertarikh itu menyaksikan lelaki tersebut menaiki motosikal beroda satu yang disiarkan pada 31 Julai lalu berjaya meraih 8.3 juta tontonan di media platform.

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai video itu, seorang netizen menerusi ciapannya menyebut 'Lelaki ini mengambil serius adegan dalam filem Men In Black'.

Manakala seorang lagi netizen menyebut ' Dia adalah seoang pengembara dari masa depan'.

Iklan

"Idea bagus. Apakah akan berlaku jika hujan. Semua lumpur akan terpalit atas kepalanya," kata netizen yang ketiga.

Terdahulu, Pengerusi Kumpulan Mahindra. Anand Mahindra berkongsi video sama rekaan kreatif lelaki tersebut. - Agensi

Iklan