Syor bukan Islam laksana wakaf atasi kekurangan tanah kubur

Iklan
AMINUDDIN

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan masyarakat Cina dan India untuk melaksanakan konsep wakaf sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kekurangan tapak tanah kubur yang dihadapi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun(Sikamat-PH) berkata, masyarakat Islam tidak berdepan masalah berkaitan tapak tanah kubur kerana ada yang mewakafkan tanah mereka untuk tujuan itu.

Iklan
Iklan

"Jadi saya cadangkan masyarakat Cina dan India supaya boleh nak sedekah ke, wakaf ke kerana itu perkataan sama, meniru masyarakat Islam untuk mewakafkan sebahagian tanah mereka untuk digunakan sebagai tapak tanah kubur," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Yew Boon Lye(PH- Chuah) berkaitan rizab tanah kubur kaum India ketika Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang ke-15 pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, sesiapa yang berkemampuan juga boleh berkongsi membeli tanah untuk dijadikan tapak tanah kubur.

Selain itu Aminuddin memaklumkan, kerajaan negeri akan membuat permohonan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menggantikan paip lama sekali gus mengatasi masalah paip pecah yang kerap berlaku di kawasan itu.

Iklan

"Syarikat Air Negeri Sembilan(SAINS) telah mengambil tindakan segera untuk membaiki paip pecah supaya tidak menganggu aktiviti seharian penduduk.

"Memang kita akui masalah paip pecah kerap berlaku di kawasan Felda dan disebabkan itu bagi jangka masa panjang SAINS telah membuat permohonan kepada Felda untuk menggantikan paip uzur atau usang," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui-BN) berkenaan masalah bekalan air yang kerap berlaku di kawasan Felda.