Seorang maut, puluhan lagi dipindah akibat letupan kimia

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SYDNEY - Seorang maut manakala 30 lagi dipindahkan selepas letupan kimia berlaku di sebuah kilang di negeri Victoria, Australia pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan polis Victoria, perkhidmatan kecemasan telah dikerah ke sebuah bangunan perindustrian di Swann Drive di Derrimut, di barat Melbourne pada 9.45 pagi waktu tempatan selepas menerima laporan mengenai letupan.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui mati di dalam bangunan itu sebaik sahaja anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.

Tiada mangsa lain yang cedera, menurut polis tempatan. - Bernama/Xinhua

Iklan
Iklan