MRT Jakarta sasar 24 juta penumpang hari terakhir 2019

Iklan
William Sabandar mensasarkan lebih daripada 100,000 penumpang MRT Jakarta tahun depan. - Foto: Agensi.

JAKARTA - PT Mass Rapid Transit atau Jakarta MRT mensasarkan bilangan penumpang Ratangga seramai 23 sehingga 24 juta orang sehingga hari terakhir 2019.

Pengarah Eksekutif PT MRT Jakarta, William Sabandar berkata, sehingga kini jumlah penumpang sudah mencecah 22.3 juta orang.

Iklan
Iklan

"Jumlah itu sebenarnya telah melebihi sasaran yang kita tetapkan sebelum ini," kata William di pejabatnya Khamis lalu.

Beliau berkata, MRT Jakarta telah beroperasi selama sembilan bulan dengan mensasarkan 65,000 penumpang sehari, bagaimana kini purata penumpang sehari telah mencapai 88,000.

Iklan

Malah, bilangan penumpang MRT juga terus meningkat setiap bulan di mana pada bulan ini sahaja (Disember) jumlahnya mencapai 94,784 orang sehari berbanding 89,327 bulan lalu.

"Peningkatan jumlah penumpang bulan ini disebabkan kami telah mengeluarkan kad pelancongan selain faktor musim hujan yang menjadi rahmat buat kami," katanya.

Iklan

Tahun depan MRT Jakarta mensasarkan bilangan penumpang lebih daripada 100,000 penumpang sehari dengan melakukan perkhidmatan terbaik agar orang ramai beralih menggunakan pengangkutan awam seperti MRT berbanding kenderaan persendirian. - Agensi.