Dewan Rakyat lulus RUU LHDN (Pindaan) 2023
Iklan
Ahmad Maslam ketika sesi penggulungan sempena Sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju dengan 16 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Iklan
Iklan
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bukan keseluruhan kutipan cukai berjumlah RM1.75 bilion oleh LHDN pada tahun lepas dilaburkan sebaliknya kutipan itu diberikan terus kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
"Apakah yang dilaburkan?... RM175 bilion tahun lepas yang dikutip itu tidak dilaburkan, ia diberikan terus KWAP.
Iklan
"Mereka (LHDN) dapat hasil yang dikutip untuk fi sebanyak 1.85 peratus. Jumlah 1.85 peratus itu kurang RM3.3 bilion, kos mereka lebih kurang RM2 bilion lebih dan ia adalah baki RM1 bilion atau RM800 atau RM900 juta... itu sebab mereka mahu laburkan dalam bank perdagangan biasa,” katanya.
Beliau berkata, kelulusan akta hari ini membolehkan LHDN melanjutkan pelaburan di institusi kewangan islam, pembangunan dan koperasi.
Iklan
"Pelaburan LHDN dipantau secara terus mesyuarat jawatankuasa kewangan dan pelaburan dipengerusikan anggota LHDN dan pelaksanaan pelaburan LDHN diselia berdasarkan kepada garis panduan yang diluluskan dalam mesyuarat LHDN,” katanya.
Semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, Ahmad Maslan berkata, Fasal 4 dipinda dengan memperuntukkan menteri dengan serta-merta melantik anggota baharu menggantikan anggota yang telah dibatal perlantikan.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab, membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.
Selain itu, anggota yang dilantik pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada menteri. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>