Pembinaan jambatan Sungai Sepang dimulakan tahun depan - MB
Iklan
Aminuddin Harun - Foto Bernama
SEREMBAN - Kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang, Selangor dijangka dimulakan tahun hadapan selepas selesai isu pengambilan tanah.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia termasuk isu membabitkan tanah milik persendirian di negeri ini, selain perlu mendapat persetujuan kerajaan Selangor berkaitan tanah jajarannya yang turut terlibat untuk projek berkenaan.
Iklan
Iklan
"Bukan mudah kita nak siapkan jambatan kalau tak disambung dengan jalan sedia ada selain ada tanah milik orang.. Kerja-kerja pembinaan juga bukan melibatkan Negeri Sembilan sahaja, tetapi Selangor yang juga mempunyai isu pengambilan tanah laluan dan jajaran berkenaan.
"Apabila melibatkan dua negeri, Selangor pun kena buat kerja, Negeri Sembilan pun kena buat kerja..kita nampaknya tak ada masalah, tapi ada kerja-kerja pengambilan tanah yang perlu dilihat, kelulusan telah ada, insya-ALLAH, tahun depan banyak kerja boleh berjalan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata, demikian bagi menjawab soalan tambahan Yew Boon Lye (PH-Chuah) yang ingin tahu status pembangunan projek itu dan jangkaan pembinaan dimulakan.
Aminuddin berkata, jajaran projek itu juga telah dipersetujui oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta dibentang dalam Mesyuarat Perancang negeri pada 19 Sept lepas untuk tujuan pemakluman kepada kerajaan negeri.
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata kerajaan akan membina jalan dan jambatan berkenaan, yang membabitkan kos projek RM160 juta, antara lain bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Bernama
-- BERNAMA
TAG: jambatan Sepang, Aminuddin Harun, Negeri Sembilan, Selangor, DUN
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>