KUALA LUMPUR - Kerajaan dan kumpulan perniagaan Sri Lanka amat teruja dengan tahap pelaburan dari Malaysia dan akan cuba memudahcara pelaburan-pelaburan dari Malaysia dengan dasar-dasar yang lebih konsisten dan mesra pelabur, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, dari 9-12 Oktober berkata, perkara itu adalah antara intipati perbincangan forum bertajuk 'CEO Business Forum - An Insightful Evening on Taking Business Beyond Trade', yang dihadirinya sebagai panel kehormat anjuran Sri Lanka - Malaysia Business Council (SLMBC).