Antara sastera, sarjana dan merdeka
Iklan
Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil dari kiri: Siti Zainon, Hashim Awang, Yusof Hassan, Muhammad, dan Zurinah
SETELAH 66 tahun negara merdeka, kesyukuran wajar dipahatkan dalam kalangan penggiat sastera Melayu tanah air lantaran memiliki sejumlah khazanah untuk diteroka dan dibaca.
Hal ini bukan sahaja dalam konteks perkembangan karya kreatif, namun turut terlaksana dalam kewujudan teori, gagasan dan pendekatan yang dibangunkan oleh sarjana sastera tempatan.