Tiada kes wabak bawaan air di musim banjir

Iklan
Dr Zaini bersama peserta berjalan sejauh 3km pada program Pink Oktober Walk.

KOTA BHARU - Tiada sebarang laporan berkaitan penyakit bawaan air diterima Jabatan Kesihatan Kelantan sepanjang musim banjir bermula gelombang pertama sehingga kini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, berdasarkan pemantauan hanya terdapat penyakit kulit biasa disebabkan mangsa berada di pusat pemindahan dalam kumpulan ramai, namun ia terkawal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menggerakkan pasukan pemantau untuk memastikan kebersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) termasuk juga dalam soal penyediaan pemakanan.

"Alhamdulillah daripada data diperoleh, tidak ada lagi laporan berkaitan wabak penyakit bawaan air sepanjang banjir gelombang pertama dan kedua

Iklan

"Begitu juga dengan kes keracunan makanan, setakat ini tiada aduan yang kami terima memandangkan pihak terlibat memainkan peranan masing-masing dalam mengutamakan kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Pink Oktober Walk sejauh 3km bersama 600 peserta bermula dari Taman Perbandaran Tengku Anis.

Iklan

Turut sama, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali dan Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin HRPZ II, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.

Katanya, orang rama dinasihatkan menjaga kebersihan sepanjang berada di PPS selain dibantu pihak berwajib.

"Dalam keadaan orang yang ramai ini, kita perlu utamakan kesihatan dan mangsa banjir boleh merujuk kepada pegawai kesihatan yang berada di pusat pemindahan untuk rawatan,” katanya.