Pindaan akta komunikasi mampu atasi kelompongan
Iklan
Akta Komunikasi dan Multimedia kali terakhir digubal pada 25 tahun lalu itu perlu dikaji semula, sesuai dengan peningkatan dan pembaharuan jenayah siber mengikut peredaran masa. Gambar hiasan - Foto 123RF
SHAH ALAM - Pembentangan pindaan Akta Komunikasi dan Digital oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Parlimen awal tahun depan dijangka mampu memastikan kelompangan dalam akta itu dapat ditangani.
Pengerusi Disiplin Teknologi Maklumat dan Sains Komputer daripada Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, ini sekali gus dapat mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.