Kes DNAA Zahid boleh dibahaskan di Parlimen
Iklan
Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama, gambar kecil: Wan Ahmad Fauzi
SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi boleh dibahaskan di Parlimen jika memenuhi syarat tertentu dan dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, kelakuan seseorang hakim hanya boleh dibincangkan jika lebih satu per empat Ahli Parlimen mengemukakan usul sama untuk berbuat demikian kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.