Baju batik bukan retorik
Iklan
Baju batik mungkin hanya sebuah permulaan, namun ia cukup baik untuk menjentik hati rakyat Malaysia agar ambil tahu tentang sekecil-kecil amalan mengurangkan jejak karbon. - Foto Bernama
DENGAR khabarnya, penjawat awam kini sudah boleh pakai baju batik hari-hari ke pejabat, bukan setakat hari Khamis saja. Pengumuman yang dibuat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad itu bertujuan membantu negara menangani perubahan iklim dan merealisasikan sasaran negara mencapai karbon sifar seawal tahun 2050.
Ramai bersetuju kerana katanya baju batik jauh lebih selesa daripada berkemeja dan berkot ke pejabat. Bagaimanapun, para doktor pula tak bersetuju kerana baju batik tak sesuai dengan rutin kerja mereka. Tak kurang juga yang datang dengan komen berbaur mengejek kononnya ini hanya retorik politik semata-mata tanpa sokongan data sahih memperkaitkan baju batik dan perubahan iklim.