Universiti di Jepun sokong langkah antikultus
Iklan
Tetsuya Yamagami diberkas pengawal keselamatan selepas melepaskan tembakan ke arah Shinzo Abe dalam kejadian di bandar Nara tahun lalu. Yamagami mendakwa Abe mempromosikan Gereja Penyatuan yang menyebabkan ibunya muflis.
TOKYO - Sebahagian besar universiti di Jepun menentang tindakan kumpulan tertentu merekrut mahasiswa di kampus, menurut tinjauan Kyodo News selepas timbul kebimbangan bahawa golongan tersebut menjadi sasaran mudah kelompok ajaran sesat dan kultus agama.
Tinjauan itu melibatkan lebih 50 universiti dan dijalankan setahun selepas insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.