Graduan UniSZA bijak berniaga
Iklan
Sebahagian graduan UniSZA yang menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober lalu. (Gambar kecil: Hassan Basri)
KUALA NERUS - Kebolehpasaran graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada 92.4 peratus sehingga Disember 2019 berbanding 78.8 peratus pada 2018.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5.3 peratus iaitu 179 graduan menceburi bidang keusahawanan.
Iklan
Iklan
"Ramai graduan menceburi bidang keusahawanan kerana ada antara mereka sudah memulakan bisnes sambil belajar sejak di universiti.
"Kita di pihak universiti juga sentiasa membantu dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang berminat dengan bidang keusahawanan seperti dana wakaf, tempat penjualan dan kursus yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Iklan
Menurutnya, kepelbagaian inisiatif dan strategi berperanan penting bagi memastikan peningkatan peratus kebolehpasaran graduan masa kini.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, ramai graduan UniSZA yang menjadi 'job creator' iaitu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakan mereka dan juga orang ramai.
Iklan
Katanya, Pusat Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat (PAKAT) UniSZA sentiasa mengemaskini data graduan setiap hari untuk memastikan setiap graduan mempunyai pekerjaan.
"Bukan sahaja graduan malah pelajar pun dah membuka pelbagai perniagaan sendiri dan mereka boleh mengambil pekerja dan mempunyai syarikat sendiri.
"Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh UniSZA, ia memberi satu dorongan kepada pelajar untuk menjalankan perniagaan yang kebanyakan secara dalam talian,” katanya.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Hidangan ikan baung masak tempoyak merupakan menu wajib dicuba bagi pengunjung yang melalui Kampung Basung, Hulu Terengganu untuk ke destinasi tumpuan pelancong di Tasik Kenyir, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pemilik restoran Mr Baung, Latifah Abdullah, 53, berkata, sepanjang musim cuti persekolahan kali ini, premisnya menerima peningkatan jumlah pelanggan sehingga mencecah 1,000 orang sehari.
Menurutnya, disebabkan sambutan hangat itu mereka perlu menambah kuantiti hidangan tersebut daripada 50 kilogram (kg) pada hari biasa kepada 200kg.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667876/edisi/terengganu/hidangan-baung-masak-tempoyak-jadi-buruan-musim-cuti-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com