Dilema 'Gelombang hijau' antara konotasi kebangkitan, keresahan
Iklan
PN tidak boleh selesa dengan kebangkitan gelombang hijau susulan PRU15 lalu. Gambar kecil dari kiri: Ahmad Faizal, Muhammad Faiz dan Anis Anwar
TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan istilah ‘gelombang hijau’ yang dikaitkan dengan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan rakyat bermula Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak tepat dan bersifat momokan bagi membangkitkan ketakutan pengundi bukan Melayu.
Hakikatnya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan istilah gelombang kebangkitan rakyat menolak pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi adalah lebih tepat dan sesuai digunakan berbanding ‘gelombang hijau’.