Penghormatan besar untuk Tok Guru - Nik Omar
Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz yang diwakili Tuan Sabariah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin. - Gambar kecil: Nik Omar
SHAH ALAM - Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkongsi rasa syukur selain menganggap ia adalah satu penghormatan besar apabila bapanya dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Anak kepada Nik Aziz, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, beliau dan keluarga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengurniakan darjah kebesaran tersebut kepada Allahyarham bapanya meskipun sudah lapan tahun pemergian bekas Mursyidul Am Pas itu.