Banjir dan kemarau serentak, Somalia terkesan perubahan iklim
Iklan
Keadaan bandar di Beledweyne di tengah Somalia ditenggelami banjir setelah paras Sungai Shabelle melimpah, sementara bahagian lain (gambar kanan) di Mogadishu sedang dilanda kemarau terburuk.
Cuaca ekstrem berlaku lebih kerap di rantau Afrika walaupun penyumbang paling rendah untuk pemanasan global
BANJIR luar biasa telah menyebabkan lebih 200 juta penduduk di tengah Somalia terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di tengah-tengah kemarau paling buruk dalam tempoh empat dekad yang sedang melanda negara Afrika Timur itu.
Saintis iklim dan agensi memberi amaran Mogadishu sedang menerima impak perubahan iklim walaupun ia bukan antara negara bertanggungjawab membebaskan gas karbon dioksida (CO2).