Risiko tidak dijangka kepada pembeli
Iklan
Ramai yang tidak bersetuju mengguna kaedah sambung bayar kerana bimbang risiko bakal dialami. Gambar kecil dari kiri: Mohamad Zarif, Intan Nor Sazwani, Nurashikin
Orang ramai tidak setuju miliki kenderaan guna kaedah sambung bayar
SHAH ALAM - Rata-rata orang ramai tidak bersetuju memiliki kenderaan menggunakan kaedah sambung bayar yang mana boleh mengundang banyak risiko tidak dijangka kepada para pembeli.
Petugas pengeluaran produksi, Mohamad Zarif Mohd Zamri, 29, berkata, kaedah itu boleh membahayakan para pembeli kerana kereta tersebut masih di bawah pemilikan bank sehingga bayaran habis dibuat dan tempoh pinjaman tamat.