Tak perlu tunggu lima tahun
Iklan
Bidang teknologi dan IT bergerak pantas menyebabkan pihak universiti perlu membuat penilaian semula program itu dari semasa ke semasa. Gambar kecil dari kiri: Mohammad Shatar, Zaharuddin
SHAH ALAM - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menjelaskan universiti tidak perlu menunggu sehingga lima tahun untuk membuat penilaian semula program ditawarkan kepada pelajar di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, ini kerana bidang seperti teknologi maklumat (IT) dan teknologi sentiasa berubah serta bergerak pantas sesuai mengikut peredaran masa.