Rindu beraya di negara sendiri
Iklan
Husna (kiri) mengabadikan kenangan gambar raya bersama suami dan anak-anak pada raya beberapa tahun lepas.
Air mata perantau Malaysia di Jerman jatuh setiap kali dengar takbir raya
SHAH ALAM - Air mata seorang anak perantau di Jerman jatuh setiap kali mendengar takbir raya pada pagi 1 Syawal kerana menahan rindu tidak dapat pulang beraya di Malaysia sejak satu dekad lalu.
Berkongsi kisah itu, Husna Hisan Md Nor, 40, yang kini menetap di Hamburg, Jerman memberitahu dia terlalu rindukan suasana beraya bersama ibu bapa dan keluarga di Kuala Lumpur.