64 anak yatim, asnaf dapat kelengkapan sekolah
Iklan
KUALA LANGAT - Seramai 64 pelajar dari sebuah rumah yatim dan asnaf Sijangkang di sini dibawa ke Pasaraya Mydin Subang Jaya untuk membeli kelengkapan persekolahan baru-baru ini.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan UMW, Japilus Zainal berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijayakan sejak 18 tahun lalu bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.