Implikasi 'serangan' era perpaduan
Iklan
Polemik politik negara berlarutan dengan pelbagai bentuk sentimen ‘panas’ dihamburkan pihak lawan bagi mencabar kestabilan Kerajaan Perpaduan. - Gambar hiasan
MELEPASI 100 hari penubuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik politik negara nampaknya berlarutan dengan pelbagai bentuk sentimen ‘panas’ dihamburkan pihak lawan bagi mencabar kestabilannya.
Mutakhir, ‘serangan’ sentimen berunsur Melayu-Islam dilihat bertalu-talu ditujukan terhadap kerajaan yang terdiri daripada rangkuman pelbagai parti politik seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Malaysia (GRS).