'Sailang' bayar harga bilik tinggi
Iklan
Tindakan pihak yang sanggup 'sailang' dengan membayar bilik hotel ditempah pada harga lebih tinggi menjejaskan urusan jemaah umrah lain. - Gambar hiasan
Ada pihak tawar harga yang lebih tinggi untuk tempah hotel sehingga jejaskan tempahan jemaah umrah lain
SHAH ALAM - Seorang mutawif mendedahkan terdapat pihak yang bertindak 'sailang' (cantas) bilik penginapan yang sudah ditempah oleh jemaah sehingga mereka terpaksa berpindah ke hotel lain atau membayar caj tambahan jika ingin menginap di hotel sama.
Mutawif yang mahu dikenali sebagai Ali (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku disebabkan ada pihak yang menawarkan harga lebih tinggi kepada pengurusan hotel di Arab Saudi.