Perlu ada garis panduan jelas
Iklan
KPT perlu menyusun prosedur dan peraturan yang jelas sekiranya mahu membenarkan penubuhan cawangan parti politik di kampus universiti. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Satu prosedur dan peraturan yang jelas perlu disusun sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu membenarkan penubuhan cawangan parti politik di kampus universiti.
Penganalisis dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan itu sewajarnya dilakukan bagi memastikan keseimbangan antara berpolitik dan tumpuan terhadap pembelajaran dalam kalangan mahasiswa.