Populasi kerang kurang ancam ekosistem
Iklan
Hidupan kerang di Malaysia semakin berkurang termasuk akibat aktiviti mengutip sumber itu secara tidak terkawal. (Gambar dalam :Mogesh)
SHAH ALAM - Kecurian benih dan anak kerang dalam skala besar akan mengganggu kestabilan ekosistem marin secara keseluruhan selain mengancam kelangsungan sumber itu di Malaysia.
Pengasas Bersama Project Ocean Hope, Mogesh Sababathy berkata, kekurangan populasi kerang akan menyebabkan populasi mangsanya iaitu plankton meningkat.