Pujuk Myanmar terima semula pelarian Rohingya
Iklan
60 etnik Rohingya diusir keluar dari negara ini dalam operasi yang dijalankan bermula 26 Ogos hingga 9 September.
SHAH ALAM - Malaysia tidak boleh bertindak solo atau bersendirian dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu kebanjiran pelarian Rohingya di negara ini.
Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Dr Chandra Muzaffar sebaliknya menegaskan, Malaysia hanya boleh menyelesaikan isu pelarian Rohingya menerusi kerjasama erat antara negara di rantau ASEAN dan Asia lain termasuk Jepun, China, Korea Selatan dan Myanmar sendiri.