Wujud campur tangan politik
Iklan
Pesawat Hawk MK208 yang telah digunakan kira-kira 28 tahun. (Gambar kecil: Jalil)
Kepentingan peribadi, desakan daripada ahli politik punca sistem pertahanan udara ketinggalan
SHAH ALAM - Sistem pertahanan udara negara yang ketinggalan jauh daripada negara jiran, di samping masalah kekurangan, kerosakan aset udara dan peralatan sedia ada adalah disebabkan wujudnya ketirisan serta campur tangan politik.
Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin berpandangan, kepentingan peribadi dan desakan daripada ahli politik telah menyebabkan banyak kelemahan berlaku dalam sistem pertahanan udara.