'Terpaksa naikkan harga barang atau terus lingkup'
Iklan
Kerajaan disarankan melaksanakan perubahan secara berperingkat bagi memastikan golongan majikan lebih bersedia dan pada masa sama pengguna tidak dibebankan dengan kenaikan harga barangan. (Gambar kecil: Ameer)
Mydin sendiri berdepan kenaikan kos antara RM1 juta hingga RM1.5 juta sebulan dengan pelaksanaan Akta Kerja mulai tahun depan
SHAH ALAM - Golongan majikan di negara ini dijangka berdepan kenaikan kos antara 15 hingga 20 peratus jika kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) bermula 1 Januari ini.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, peningkatan tersebut akan menyebabkan kebanyakan pengusaha terpaksa melepaskan kos untuk diserap oleh pengguna, sekali gus harga barangan dijangka terus meningkat.