13 tahun berjuang demi hak anak
Iklan
Aniza (tengah) bersama anak sulungnya, Nadila Fitriani (dua dari kanan), anak ketiga, Halimah Nurulain (kanan), anak kedua, Atika Mawarni (dua dari kiri) dan Presiden Family Frontiers, Suriyani Kempe. -Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN MOHAMAD HAMZAH
Si ibu ceritakan susah payah untuk dapatkan kerakyatan dua anak tetapi tiada hasil
SHAH ALAM - Kasih ibu membawa ke syurga, begitulah pengorbanan seorang ibu tunggal yang sanggup berjuang selama 13 tahun demi membolehkan dua anaknya memiliki sekeping kad biru sebagai identiti diri, namun masih hampa.
Seorang pegawai khidmat pelanggan, Aniza Ismail, 50, berkata, mempunyai anak yang dinafikan hak untuk menjadi warganegara hanya kerana berbapakan warga asing dan lahir di luar negara adalah amat mencabar.