MoU bukti Kerajaan Perpaduan Malaysia julang semangat negara bangsa
Iklan
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Malaysia di Pejabat Perdana Menteri, 16 Disember 2022. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia
SHAH ALAM - Penekanan perkara asas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti memelihara agama Islam, mempertahankan Raja Berperlembagaan dan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah bukti jelas kerajaan baharu ini menjulang semangat negara bangsa yang menjadi acuan pentadbiran Malaysia.
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Mohd Munir berkata, jaminan Kerajaan Perpaduan Malaysia dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan bakal melenyapkan sebarang keraguan rakyat terutama pihak pembangkang terhadap hala tuju pentadbiran kerajaan baharu itu.