Strategi GRS dominasi Sabah ala GPS
Iklan
Keputusan GRS keluar PN dianggap satu strategi politik untuk kekal dominasi parti lokal di Sabah pasca PRU15.
TIDAK sampai sebulan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pindaan akta larangan ahli Parlimen lompat parti diluluskan sidang Parlimen beberapa bulan lalu akhirnya sudah teruji.
Hal ini susulan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan pemimpin koalisi parti itu membuat keputusan sebulat suara keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu.