Parti politik tidak abai pelajar IPT
Iklan
Peruntukan inisiatif Bajet 2023 juga perlu merangkumi aspek peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama yang baru menamatkan pengajian di universiti. - (Gambar kecil: Muhammad Iman Khidir Tarmidzi)
Kebanyakan tawaran manifesto tepati kemahuan mahasiswa
SHAH ALAM - Walaupun masih tidak mencukupi dan perlu penambahbaikan, tawaran parti-parti politik dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menepati kemahuan mahasiswa di negara ini.
Timbalan Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya, Muhammad Iman Khidir Tarmidzi berpandangan, kandungan manifesto setiap parti politik berkaitan mahasiswa membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan kualiti pendidikan lebih baik.