Kempen secara fizikal kurang ‘meriah’
Iklan
Perang bendera pelbagai parti yang bertanding bagi Parlimen Sungai Buloh menjelang PRU15 telah bermula sejak hari penamaan calon pada 5 November apabila deretan bendera dilihat menghiasi kawasan di sekitar Taman Saujana Utama ketika tinjauan sempena PRU15 pada Selasa. - FOTO: BERNAMA, gambar kecil: Mohamed Tawfik
SHAH ALAM - Penganalisis politik, Dr Mohamed Tawfik Yaakub berpandangan kempen secara fizikal dilihat masih tidak mendapat sambutan dan kurang ‘meriah’ dalam tempoh tiga hari berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, bahang kemeriahan pilihan raya masih belum begitu dirasai kerana masih terlalu awal namun suasana itu akan mula ‘hangat’ apabila sudah menghampiri minggu terakhir kempen.