Deklarasi pengisytiharan harta boleh dipertikai: Peguam
Iklan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mewajibkan calon PRU15 daripada parti itu membuat pengisytiharan harta. (Gambar kecil: Hizri)
SHAH ALAM - Dokumen pengisytiharan harta yang dikemukakan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh parti tertentu masih boleh dipertikai kerana belum ada kerangka statutori atau undang-undang jelas mengenainya buat masa ini.
Peguam, Hizri Hasshan berkata, kebanyakan calon yang membuat deklarasi harta hanya memberikan jumlah anggaran nilai dengan membuat Surat Akuan Berkanun di hadapan Pesuruhjaya Sumpah mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.