Calon 'luar biasa' mampu tarik pengundi
Iklan
Anwar (tengah) bersama Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (kiri) dan ahli Pakatan Harapan Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika hadir pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. - Foto Bernama
Mengetengahkan calon bukan aktif dalam bidang politik mampu tarik sokongan terutama pengundi muda
SHAH ALAM - Kelainan calon yang dikemukakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengetengahkan calon profesional, muda dan agamawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggambarkan bahawa parti berkenaan bersedia mengubah strategi yang digunakan untuk menarik hati pengundi.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, muka-muka baharu yang dikemukakan untuk bertanding pada PRU15 merupakan satu strategi diguna pakai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan terutama pengundi muda.