'Dulu RM2 dapat empat, sekarang tiga'
Iklan
Syatini (kiri) dan Syatila menunjukkan kuih akok yang diusahakan di Kampung Semat Jal, Tumpat.
TUMPAT - Dua beradik yang menjalankan perusahaan membuat kuih akok di sini, kusut memikirkan kesukaran mendapatkan bekalan selain kenaikan kos bahan mentah.
Menurut Syatini Yatim, 32, yang menjalankan perniagaan milik keluarga bersama kakaknya Syatila, 38, bukan sahaja sukar mendapatkan telur sebagai bahan asas pembuatan kuih akok, malah terpaksa berebut sabut kelapa dengan kilang-kilang perabot untuk dijadikan bahan bakar.