Lebih 3,000 nelayan di Terengganu terima elaun sara hidup
Iklan
Tengku Mohd Anuar (kanan) dan Zawawi (kiri) melelong ikan sempena 'happy hour' pada Hari Bertemu Pelanggan Peringkat MOA INC Terengganu anjuran LKIM dan Jabatan Perikanan Terengganu di pekarangan pejabat LKIM negeri, pelabuhan LKIM Chendering di sini hari ini.
KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu merekodkan lebih 3,000 nelayan negeri ini layak mendapat elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan pada tahun ini dengan peruntukan lebih RM6 juta.
Pengarahnya, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmood berkata, angka itu selepas pemutihan nelayan aktif dilakukan dan dianggarkan terdapat antara 7,000 hingga 8,000 nelayan berdaftar dengan persatuan nelayan di Terengganu.
Iklan
Iklan
"Jumlah ini tidak tetap, akan ada turun naik bergantung kepada pemutihan yang dibuat dan nelayan yang tidak dapat elaun ini banyak faktor, antaranya adalah tidak turun ke laut, tidak produktif dan sebagainya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat MOA INC Terengganu anjuran LKIM dan Jabatan Perikanan Terengganu di pekarangan pejabat LKIM negeri, pelabuhan LKIM Chendering di sini hari ini.
Iklan
Program yang dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali itu turut mengadakan jualan murah hampir satu tan ikan seperti selayang, tongkol, kerisi, merah dan cencaru dengan harga antara 30 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.
Sementara itu, Zawawi berkata, masalah muara cetek di hampir 13 muara di Terengganu mengundang masalah kepada nelayan mendaratkan hasil tangkapan masing-masing di pelabuhan negeri ini.
Iklan
Atas sebab itu katanya, ada bot yang terpaksa menaikkan hasil laut mereka di pelabuhan Kuantan, Pahang dan Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan sekaligus mengurangkan jumlah pendaratan ikan Terengganu.
"Terengganu merekodkan pendaratan ikan kira-kira 50,000 tan matrik setahun manakala 25,000 tan matrik lagi didaratkan di Kuantan dan Tok Bali. Ini kerana bot-bot besar tidak dapat masuk ke sini.
"Oleh itu, kita harap masalah muara cetek ini dapat diselesaikan segera supaya bot-bot besar nelayan dapat masuk ke sini, kita mahu jadi macam dulu-dulu, hasil laut banyak didaratkan di sini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>