Jenayah kekerasan di Sarawak meningkat
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUCHING - Jenayah kekerasan di Sarawak menunjukkan peningkatan daripada 767 kes pada 2018 kepada 836 kes setakat 10 Disember tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata, terdapat peningkatan 69 kes iaitu sebanyak sembilan peratus.
Iklan
Iklan
"Begitu juga dengan kes rogol yang turut berlaku peningkatan daripada 127 kes pada tahun lepas kepada 143 kes pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan dan Pelancaran Op Selamat sempena Hari Krismas di Dewan Komuniti Siburan di sini hari ini.
Mengulas mengenai majlis itu Ramli berkata, ia bertujuan mendekatkan pasukannya dengan masyarakat setempat dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan polis dan Op yang dilancarkan.
Iklan
Iklan
"Bermula Januari 2020 pada minggu kedua setiap bulan, setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di Sarawak akan menganjurkan hari bersama pelanggan untuk masyarakat tampil meluahkan masalah yang dihadapi mereka,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>