2,740 individu muda ditahan kerana rasuah sejak 2014
Iklan
Gambar hiasan
TAIPING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2,740 individu berumur 40 tahun ke bawah daripada 5,186 tangkapan yang dibuat sejak 2014 sehingga bulan lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, daripada keseluruhan 5,186 yang ditahan itu, seramai 2,428 atau 46.8 peratus adalah penjawat awam.
Iklan
Iklan
Bimbang dengan perkembangan tersebut, Shamshun Baharin mahu semua pihak mengambil langkah pencegahan yang wajar untuk menanganinya dan SPRM sedia membantu.
"Kita perlu tangani masalah ini kerana kita risau golongan muda banyak terbabit dengan rasuah," katanya selepas melancarkan Pelan Antirasuah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini hari ini.
Iklan
Mengenai rasuah membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Shamshun Baharin berkata, SPRM menerima sebanyak 1,871 maklumat termasuk penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh 2014 hingga 12 Disember lalu.
Menurutnya, daripada maklumat yang diterima, sebanyak 126 kertas siasatan dibuka dan seramai 73 individu ditangkap sepanjang tempoh itu.
Iklan
Terdahulu dalam ucapannya, Shamshun Baharin memuji usaha MPT sebagai PBT pertama di negara ini melancarkan Pelan Antirasuah 2020 hingga 2024 dan menyifatkannya sebagai komitmen serta keinginan warga organisasi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas rasuah.
"Elemen integriti dan anti rasuah tidak dapat dipisahkan dalam operasi harian mana-mana PBT supaya misi organisasi untuk menjadi penggerak berwibawa, dinamik dan berdaya saing dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran dapat dicapai," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPT, Borhan Abdul Halim berkata, Pelan Antirasuah MPT menumpukan kepada empat bidang iaitu penguatkuasaan undang-undang, perolehan awam, tadbir urus organisasi dan perundangan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>