Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Iklan
MALAYSIA dengan 215 atlet menjadi kontinjen keempat terbesar menyertai temasya Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina, Januari depan.
Menurut kenyataan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306).
Iklan
Iklan
Tuan rumah, Filipina pula menyenaraikan 274 atlet pada temasya sukan dwitahunan yang akan berlangsung di tiga kluster - New Clark City, Subic dan Manila dari 18 hingga 24 Januari depan.
Vietnam akan diwakili 109 atlet, Myanmar (108), Kemboja (76), Singapura (61), Laos (31), Brunei (31) dan Timor Leste menghantar 10 atlet.
Iklan
Menurut kenyataan itu, sukan edisi ke-10 itu menjadi temasya terbesar dalam sejarah 19 tahun sukan berkenaan dengan penyertaan 1,533 atlet dan 829 pegawai dari 11 negara melepasi jumlah 1,452 atlet pada edisi lalu di Kuala Lumpur pada 2017.
Sebanyak 16 sukan akan dipertandingkan dengan sukan tempuh halangan para sebagai sukan demonstrasi.
Iklan
Sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, memanah, badminton, boccia, catur, berbasikal CP, bola sepak, goalball, judo, powerlifting, renang, tenpin boling, ping pong, triatlon, bola tampar duduk dan bola keranjang berkerusi roda.
Temasya sukan tersebut adalah platform terbaik untuk atlet memburu tiket kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Bernama
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com