10 beranak maut dalam letupan di Afghanistan

Iklan
Anggota keselamatan dan pegawai penyiasat memeriksa tempat kejadian dalam insiden letupan Jumaat lalu. - Foto AFP

KABUL - Sekurang-kurangnya 10 beranak terbunuh selepas kenderaan wagon dinaiki mereka meletup akibat terkena bom yang diletakkan di tepi jalan di wilayah Khost, Afghanistan hari ini.

Menurut pegawai tempatan, letupan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah majlis pengebumian di wilayah Logar dekat timur negara itu.

Iklan
Iklan

"Kematian membabitkan lima lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak dari sebuah keluarga yang sama," kata jurucakap Gabenor Khost, Talib Mangal.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi memberitahu, bom tersebut ditanam di tepi jalan oleh kumpulan militan Taliban.

Iklan

Bagaimanapun, setakat ini Taliban tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 10 orang maut termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak apabila bom yang diletakkan di tepi jalan di wilayah Ghazni meletup. - Agensi

Iklan