Imran Khan tidak hadir Sidang Kemuncak KL
Iklan
Dr Mahathir melihat persiapan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri Tun, Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Iklan
"Dr Mahathir menerima panggilan daripada Imran Khan semalam menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak KL.
"Dr Mahathir menghargai panggilan daripada Perdana Menteri, Imran Khan untuk memaklumkan beliau tidak dapat hadir sidang kemuncak, di mana pemimpin Pakistan itu awalnya dijadualkan berucap dan berkongsi pandangannya berhubung keadaan hal ehwal dunia Islam,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Sidang Kemuncak KL antara lain bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah yang dihadapi dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam serta negara-negara Islam.
Ia juga berhasrat membentuk jaringan kerja pemimpin Muslim, para intelektual, ahli akademik dan pemikir dari seluruh dunia dan menghidupkan tamadun Islam. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>