Polis tangkap suspek pembunuh jutawan British
Iklan
Lokasi kejadian tembakan yang mengakibatkan jutawan British mati dan anak tirinya cedera di Buenos Aires Sabtu lalu. Foto: Agensi
BUENOS AIRES - Polis berjaya menangkap suspek kes pumbunuhan jutawan British, Matthew Gibbard, 50, yang mati ditembak di luar hotel mewah di Argentina Sabtu lalu.
Menurut polis, Angel Eduardo Lozano Azuaje atau lebih dikenali sebagai Cachete ditangkap semalam ketika berada di dalam bas untuk melarikan diri ke Bolivia beberapa hari selepas Gibbard dan anak tirinya, Stefan Zone, 28, ditembak di luar hotel lima bintang, Faena Art Hotel di Buenos Aires.