PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM75 juta kepada sekolah pondok berdaftar dan institusi tahfiz bagi memperkasa serta memperkukuh institusi pendidikan agama terbabit ke arah lebih cemerlang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, peruntukan daripada belanjawan 2019 dengan jumlah RM25 juta kepada tahfiz dan RM50 juta kepada sekolah pondok itu diagihkan sebagai komitmen kerajaan memastikan pembangunan institusi pondok dan tahfiz terus lestari dan diberi perhatian sepenuhnya.