Perak tetap tolak ICERD

Iklan
ICERD
IPOH - Kerajaan Perak menolak sebarang bentuk tindakan untuk meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan kerajaan negeri selari dengan keputusan kerajaan persekutuan menolak ratifikasi tersebut biarpun perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat negeri.

Beliau berkata, bagi Bersatu Perak, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan meratifikasi ICERD tersebut.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri sendiri tegas mengenai perkara ini bahawa ia tak akan laksana ICERD. Jadi saya fikir kerajaan negeri turut selari dengan perkara tersebut.

"Sekarang bukan masa sesuai untuk bercakap tentang perkara ini sedangkan banyak lagi perkara lain yang kita perlu bekerjasama bagi memastikan negara kembali ke landasan sebenarnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak kali ke-15 di Bangunan Lembaga Air Perak (LAP) di sini.

Sebelum ini beberapa negeri sudahpun menolak ratifikasi ICERD antaranya Pahang dan Kedah.

Iklan

Malah Dun Pahang semalam sebulat suara menolak rancangan untuk meratifikasi ICERD terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dun Pahang lulus tolak ratifikasi ICERD]

Dalam pada itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik turut mengadakan bantahan terhadap ICERD ini.

Malah Umno dan Pas turut bersatu dan mengadakan himpunan bersama sebelum ini di Pasir Salak bagi menolak ICERD.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid, Hadi bergabung bantah ICERD]