320 pelajar terima bantuan persekolahan Nafas
Iklan
ALOR SETAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memberikan sinar baharu kepada 320 pelajar yang bakal memasuki sesi persekolahan baharu 2020 menerusi program ‘Back To School’ di sini semalam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penerima bantuan merupakan pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan mereka menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang.