Penjual nasi beriani dari kasta rendah dibelasah

Iklan
Mangsa dipukul tanpa belas kasihan oleh tiga lelaki berkasta lebih tinggi. - Foto: Agensi

NEW DELHI - Seorang penjual nasi beriani dari kasta rendah bukan sahaja diherdik malah dibelasah sekumpulan lelaki berkasta lebih tinggi di hadapan pelanggannya dalam kejadian di India pada Jumaat lalu.

Insiden di Rabupura, kira-kira 66 kilometer dari Delhi itu yang terbaru membabitkan serangan terhadap golongan Dalit iaitu kasta paling rendah dalam sistem masyarakat di India.

Iklan
Iklan

Rakaman kejadian itu turut tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 11 saat itu, pemuda berusia 43 tahun terbabit bukan sahaja dihina malam turut ditampar serta ditumbuk berulang kali di kepala.

Iklan

Mereka turut meminta mangsa memohon maaf kerana berniaga di kawasan tersebut.

Sementara itu, polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan menahan tiga lelaki yang menyerang mangsa.

Iklan

Sistem kasta di India yang dipercayai berusia lebih 3,000 tahun masih diamalkan secara meluas di kawasan terpencil biarpun perlembagaan India mengharamkan diskriminasi berdasarkan kasta sejak 1950. - Agensi