30 hingga 40 peratus wanita berhenti kerja selepas kahwin
Iklan
Dr Ahmed Razman
SHAH ALAM - Meskipun lebih ramai mahasiswa wanita berjaya memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian, namun tenaga mahir di negara ini masih dikuasai lelaki.
Situasi itu berlaku berikutan hampir 30 hingga 40 peratus pekerja wanita akan berhenti kerja selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.
Iklan
Iklan
Pensyarah di Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pekerja wanita berbuat demikian bagi memberi tumpuan sepenuh masa terhadap keluarga dengan memberi laluan kepada suami memikul tanggungjawab mencari nafkah.
Menurutnya, peratusan tinggi mahasiswa wanita mendapat pekerjaan dipengaruhi beberapa faktor termasuk jumlah mereka lebih ramai di universiti berbanding mahasiswa lelaki.
Iklan
"Antara lain, mahasiswa wanita mempunyai kemahiran tertentu seperti 'soft skills' dengan kelebihan mampu bekerja secara berkumpulan dan berfikiran kritis.
"Dulu ketika zaman ibu bapa mereka, peluang untuk pelajar wanita melanjutkan pengajian di universiti memang susah. Maka ibu bapa bekerja keras dan mahu anak perempuan mereka belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memenuhi syarat kelayakan masuk universiti," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Ahmed Razman berkata, pelajar lelaki mengambil mudah terhadap perkara tersebut kerana peluang untuk mereka menempatkan diri di universiti lebih banyak kerana kurang persaingan.
Menurutnya, faktor persekitaran turut menggangu kesungguhan pelajar lelaki ke menara gading kerana gemar dengan gejala sosial.
"Sebab itu sekarang mahasiswa wanita lebih ramai di universiti dengan anggaran lebih 60 peratus berbanding mahasiswa lelaki," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>